Biodata Penulis


Nama sebenar penulis adalah Muhammad Arif Aizuddin bin Muhammad Anuar. Dilahirkan pada 13 Jun 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan menetap di Kuala Lumpur.

Mendapat pendidikan awal dari ibu bapa dan seterusnya diberikan pelajaran di sekolah agama di Kelantan pada tahun 2000 sehingga 2002 dan kemudian berpindah ke sekolah agama di Selangor pada tahun 2002 sehingga 2005.

Menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di salah satu IPTA tempatan pada tahun 2007 sehingga tahun 2009.

Mula berjinak dalam bidang penulisan sejak tahun 2010 lagi. Pernah menghasilkan beberapa buah artikel namun kesungguhan itu tenggelam timbul. Sehinggalah pada tahun 2016, penulis kembali aktif dengan idea penulisan baru - gaya Storytelling.

Apa sahaja yang di-update di Facebook, dipaparkan juga didalam blog ini bagi tujuan rekod dan bacaan semula. Catatan pengembaraan dan percutian serta cerpen juga disiarkan bagi tujuan pembelajaran sendiri.

Penulis tidak belajar menulis secara formal namun penulis berpegang pada prinsip "ilmu buat". Buat dahulu dan kemudian belajar memperbetulkan apa yang dibuat.

Teruskan membaca di blog ini kerana penulis juga masih belajar menulis. Sama-sama belajar.

Muhammad Arif Aizuddin
Suka menulis, melukis dan mengembara.

0 Komentar:

Catat Ulasan